Assalamualaikum..w.b.t...
Melayu oh melayu...
Mungkinkah akan hilang melayu?
Mungkinkah akan menjadi 'lagenda' dibumi melayu?
Mungkinkah selamanya me'layu'?
Mungkinkah selamanya melayu hamba?
Mungkinkah selamanya bertuankan 'malayo'?
Mungkinkah sebagai hero hanya dipanggung?
Mungkinkah hanya menang sorak?
Mungkinkah hanya untuk ditunggang?
Mungkinkah....
Dan mungkinkah....
Selamanya mungkinkah....Melayu hilang di dunia?
Kalau berpesta melayulah no1..
Kalau dipenjara melayulah no1..
Kalau dipasar malam melayulah no1..
Kalau pelsit jalanan melayulah no1..
Kalau rasuah melayulah no1..
Kalau nak kerja senang melayulah no1..
Kalau nak cepat kaya melayulah no1..
Mungkinkah....
Dan mungkinkah....
Selamanya mungkinkah....Melayu terus no1?
Melayu berubahlah..
Melayu janganlah malas..
Melayu berusahalah..
Melayu sedarlah diri..
Melayu janganlah berlagak..
Melayu terimalah nasihat..
Melayu majulah..
Melayu janganlah bergaduh..
Melayu janganlah membodek..
Mungkinkah....
Dan mungkinkah....
Selamanya mungkinkah....Melayu akan terus maju?
Bila berhimpun, dicaci makinya melayu..
Bila berhimpun, dihinya ulama'..
Bila berhimpun, yang diutamakan hanyalah parti..
Bila berhimpun, keutamaan hanyalah menambah ahli..
Bila berhimpun, hanyalah untuk bersorak..
Bila berhimpun, sentiasa menjeling..
Bila berhimpun, kemegahan ditunjuk..
Bila berhimpun, terpekik terlolong..
Bila berhimpun, hanyalah terpamer kekuasaan..
Bila berhimpun, tiada usaha memperkasakan melayu..
Bila berhimpun, tiada hak yang berusaha dikembalikan..
Bila berhimpun, tiada keistemewaan dipertahankan..
Bila berhimpun, tiada kelebihan yang diperoleh..
Bila berhimpun, tiada usaha memilik melayu..
Mungkinkah....
Dan mungkinkah....
Selamanya mungkinkah....Melayu hanya terus berhimpun?
Orang lain sibuk pertahan orang dia..
Orang lain sibuk perkasakan orang dia..
Orang lain sibuk pertahankan ulama orang dia..
Orang lain sibuk tuntut bukan hak milik orang dia..
Orang lain sibuk cari keistemewaan untuk orang dia..
Orang lain sibuk berusaha memiliki untuk orang dia..
Orang lain sibuk tuntut kesamarataan untuk orang dia..
Orang lain sibuk langgar peraturan untuk kesenangan orang dia..
Mungkinkah....
Dan mungkinkah....
Selamanya mungkinkan....Orang lain akan berusaha?
APABILA BLOG BERBICARA
Segala pemerhatian, segala pengalaman, segala pendapat dan cadangan, segala penilaian, segala luahan, hanya satu tujuan...hanya berbicara...
katakanlah
December 07, 2014
May 18, 2014
MEMPERKOSA
Agak kasar jika dibaca melalui tajuk memperkosa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita semua yang bergelar BANGSA MALAYSIA sedang diperkosa dan yang memperkosa kita adalah orang besar dan diagungkan oleh setiap Bangsa Malaysia??
Kita adalah bangsa yang terlalu menjaga kehormatan diri pada suatu ketika negara sedang membangun menuju satu wawasan bergelar Wawasan 2020. Dalam keadaan yang memungkinkan kita mencapai suatu tahap tertinggi yang akan terpahat dalam sejarah, kita telah diraba oleh JALANG golongan bangsawan yang diagungkan. Siapakan golongan bangsawan yang berani mencabul kita?? Adakah golongan Mata Satu?? Adakah golongan pemberi kemerdekaan?? Adakah golongan Helang ataupun Serigala yang seringkali didedahkan sebagai penipu oleh masyarakat dunia??
Mungkin terlalu banyak andaian dan persoalan. Tetapi yang pasti bangsa Malaysia terpaksa terima hakikat yang kita sedang dibogelkan oleh golongan bangsawan ini. Mungkin golongan bangsawan kita sedia maklum perkara ini, tetapi adakah masih sempat untuk terus bangsa kita mengelak ditanggalkan satu persatu pakaian yang membalut tubuh tanah air kita? Fikirkanlah Bangsa Malaysia...
Pelbagai rentetan kekalutan mula timbul kebelakangan ini yang merubah landskap keamanan Malaysia yang aman kepada bercelaru disebabkan campurtangan dari bangsa agung yang bangsa kita pandang tinggi. Isu MH370 dilihat proses membogelkan malaysia secara paksa dan beramai-ramai oleh sekumpulan orang besar yang masih dirahsiakan identitinya.
Adakah demokrasi yang cuba disemai oleh pemberi kemerdekaan kedalam jiwa bangsa adalah demokrasi yang membuka setiap balutan kain dari tubuh Malaysia?? Jika benar maka sekali lagi bangsa kita telah ditipu oleh antara orang besar dunia atas nama demokrasi. Adalah sangat tidak berbaloi untuk diterima akal demokrasi yang seperti ini.
Mungkin saya tidak menyentuh dengan lebih lanjut mengenai isu ini kerana ramai blogger telah mengupas mengenai isu campurtangan orang besar sebelum ini.
Disini apa yang saya dapat nyatakan adalah bahawa dengan sesungguhnya, Malaysia dan Bangsanya telah diperkosa terlebih dahulu sebelum dicabul, diraba, dibogelkan dan akhirnya terdedah segala macam bentuk kelemahan yang sangat mudah dieksploitasi oleh banyak pihak terutama yang bergelar Serigala Bermata Satu..
Mengapa Serigala Bermata Satu??
Nilaikan..

May 13, 2014
Kepimpinan
Assalamualaikum W.B.T....
Topik berkisar mengenai "PIMPIN" sering menjadi persoalan, pertikaian, mahupun di beri penghargaan. Terlebih dahulu saya akan bawakan definisi bagi maksud diatas. Kepimpinan bermaksud kebolehan seseorang individu untuk memimpin suatu kelompok ke satu arah tujuan bersama. Pemimpin pula adalah seseorang yang diberi sesuatu tanggungjawab dan amanah untuk memimpin sesebuah organisasi, kumpulan, persatuan mahupun negara.
Jadi, melalui pengertian yang serba ringkas tersebut dapatlah kita rumuskan bahawa kepimpinan dan pemimpin merupakan dua asas tunjang dalam menentukan hala tuju sesebuah pertubuhan. Jika terdapat kepincangan dikesan berlaku terhadap seseorang individu dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan atau tanggungjawab dirinya, maka gelaran-gelaran seperti pemimpin kuku besi, jerung, mahupun burung belatuk akan ditujukan kepada pemimpin.
Sebenarnya tidak salah orang bawahan melabel sedemikian kepada golongan pemimpin. Hal ini kerana seorang pemimpin hanya akan merasakan dirinya sangat betul dalam segala hal tanpa memandang kebelakang yang menjadi tempat dimana asalnya mereka berada. Hanya kerana merasakan dirinya adalah golongan elit dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan, maka sikap hidung tinggi dirasakan perlu ada dalam naluri pemimpin seperti itu. Ramai pemimpin silap melabel diri mereka kononnya berada pada kelas tersendiri tidak kira sektor swasta mahupun sektor kerajaan.
Kebanyakan pemimpin zaman sekarang hanya mengejar nama, pujian dan hanya mahu orang mengagungkan cara mereka memimpin. Rasional dalam memimpin selalu ditolak ketepi bagi memberi jalan kepada emosi dan kegairahan mengapai puncak. Pemimpin politik misalnya hanya mementingkan nama berbanding kerja atau amalan yang dibuat. Semua yang dilakukan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara ingin diabadikan sebagai sumbangan diri dengan harapan orang mengingati, memandang tinggi serta memberi pulangan kepada diri. Keikhlasan itu hilang walaupun perkara yang dilakukan itu adalah bertujuan untuk kebaikan yang boleh menjadi ibadah. Semuanya mahu diketahui orang ramai agar mereka memuji individu dan parti yang dianggotainya. Ini adalah sangat memalukan kerana pada saya rakyat semakin bijak dan bukan melihat apa yang dipaparkan dan dilakonkan, tetapi menilai apa yang dicapai, apa yang diberi serta sumbangan untuk kesejahteraan. Mungkin saya bukan hidup pada zaman Tun Hussein Onn dan kebawah, tetapi kepimpinan melalui tauladan yang diterapkan oleh Tun Dr. Mahathir dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin menjadi ikutan dan contoh. Mungkin kenyataan ini terdapat yang tidak setuju, tapi terpulang kepada penilai kerana saya juga menilai. Tidak kiralah parti mana, tapi keikhlasan yang cuba ditonjolkan sering mengharapkan balasan dan berlaku kepincangan.
Pemimpin disekitar kerja kita juga boleh dikatakan bersikap sedemikian kerana ada yang mengejar nama, mengambil kesempatan atas kuasa yang dimiliki serta 'cakap tak serupa bikin'. Segelintir pemimpin yang diberi amanah agar membuat sesuatu urusan dengan baik kerap disalahguna. Bagi mereka, segala pujian dan penghargaan adalah lebih penting dari melihat keringat orang lain menitis. Semua itu penting bagi pemimpin sedemikian untuk cepat mencapai segala impian mereka. Bagi pemimpin ini, segala yang dikatakannya hanyalah betul belaka dan setiap pertuturannya dianggap sangat perlu dipatuhi. Memang benar jika pemimpin yang sebegini berkata seperti apa yang peraturan tetapkan, tetapi cara pembawakkan yang menyebabkan setiap perilaku dipandang serong. Sikap sebegini tidak boleh dianggap kepimpinan melalui tauladan kerana tidak menonjolkan keikhlasan dalam diri. Oleh yang demikian, kukuhkan kepimpinan dalam diri, keluarga atau kelompok yang kecil sebelum berangan untuk memegang tampuk yang lebih besar.
Menilai diri adalah jalan terbaik dalam membina asas kepada menjadi pemimpin yang terbaik. Menilai kepimpinan orang lain boleh dijadikan contoh agar kepimpinan diri dapat diperbaiki apabila memegang tampuk pemerintahan kelak. Janganlan takut untuk dinilai dan menilai kerana setiap penilaian itu mempersiapkan diri kita untuk memperbaiki sesuatu keadaan serta membina diri menjadi pemimpin yang baik.
Kepimpinan adalah melalui tauladan dan jika kita adalah terbaik, kita hanya segelintir dari yang teragung didunia.
Wassalam...

May 08, 2014
Assalamualaikum w.b.t...
Agak lama untuk saya memulakan bicara di blog. Mungkin kerana tiada rakan blog, ataupun diri sendiri yang sengaja melambatkan kemunculan di blog. Yang pasti terlalu banyak kelemahan dalam diri yang sengaja membuatkan bicara tertangguh..
Huh...
Dengan lafaz Bismillah..
bicara pun bermula..
Sebenarnya tiada apa yang menghalang diri saya menulis blog, cuma banyak tertangguh disebabkan komitmen yang menyerang dari segenap aspek serta kemahiran mengurus yang agak kelam kabut. Terima kasih kepada rakan saya Af Afni yang membantu mewujudkan blog ini.. Semoga anda menyambung semula penulisan blog anda...saya nantikan...
Mungkin saya agak baru untuk penulisan dalam skrin komputer, tapi saya akan cuba buat yang terbaik untuk memastikan saya neutral dalam segala aspek penulisan. Pada saya setiap penulisan mestilah bebas dari segala fahaman negatif. Bebas dari segala fahaman politik. Bebas untuk menyatakan pendapat. Bebas untuk membuat luahan rasa serta bebas untuk berbicara. Walaupun saya tidak pernah menolak untuk membaca segala macam bentuk penulisan dari politik, ekonomi, budaya, semasa, tetapi saya menetapkan satu prinsip diri untuk neutral dalam segala hal.
Inilah saya..
Ada yang kata saya takut dikritik sebab menyatakan pendirian saya dalam perbualan saya bersama rakan dalam satu perbualan politik walaupun saya bukan seorang ahli politik dan tidak menyertai mana-mana parti politik, walaupun ada yang mengetahui politik yang dianuti saya. Saya tidak pernah takut dengan kritikan. Saya suka menghadapi kritikan dan saya tidak akan sesekali berselubung apabila dikritik. Saya akan tetap dengan prinsip bahawa setiap yang relevan akan saya tumpu.
Mungkin kedengarannya agak degil, tapi saya hanyalah seorang insan yang ingin berbicara dan hanya berbicara. Bicara hanya pada perkara yang diketahui...hanya diam bila tidak didapati. Sebab itu saya tidak akan sesekali berbicara untuk perkara yang saya tidak pasti, kerana kesannya amat merugikan diri.
Mengkritik adalah satu perkara bagi seseorang untuk menilai suatu perkara baik dan buruk. Bagi saya mengkritik dan dikritik tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap manusia. Adakah saya mengkritik?? Segala bentuk penulisan mesti akan dikritik dan mengkritik, jadi memang tidak akan ada kesalahan jika mengkritik, cuma cara kritikan dilemparkan yang menentukan tahap sesuatu penerimaan seseorang.
Mulanya disini..
Saya akan terus berharap dikurniakan kesihatan dan kesempatan yang mencukupi untuk berbicara. Saya akan terus berbicara dan hanya berbicara.
Akhir bicara, saya harap penglibatan saya melalui "APABILA BLOG BERBICARA" dapat diterima oleh semua rakan di luar sana serta blogger-blogger sekalian...jadi saya memohon untuk berundur seketika...
Saya akan muncul kembali...

Subscribe to:
Posts (Atom)