katakanlah

katakanlah

May 08, 2014

Assalamualaikum w.b.t...


Agak lama untuk saya memulakan bicara di blog. Mungkin kerana tiada rakan blog, ataupun diri sendiri yang sengaja melambatkan kemunculan di blog. Yang pasti terlalu banyak kelemahan dalam diri yang sengaja membuatkan bicara tertangguh..

Huh... 

Dengan lafaz Bismillah.. 

bicara pun bermula..

Sebenarnya tiada apa yang menghalang diri saya menulis blog, cuma banyak tertangguh disebabkan komitmen yang menyerang dari segenap aspek serta kemahiran mengurus yang agak kelam kabut. Terima kasih kepada rakan saya Af Afni yang membantu mewujudkan blog ini.. Semoga anda menyambung semula penulisan blog anda...saya nantikan...

Mungkin saya agak baru untuk penulisan dalam skrin komputer, tapi saya akan cuba buat yang terbaik untuk memastikan saya neutral dalam segala aspek penulisan. Pada saya setiap penulisan mestilah bebas dari segala fahaman negatif. Bebas dari segala fahaman politik. Bebas untuk menyatakan pendapat. Bebas untuk membuat luahan rasa serta bebas untuk berbicara. Walaupun saya tidak pernah menolak untuk membaca segala macam bentuk penulisan dari politik, ekonomi, budaya, semasa, tetapi saya menetapkan satu prinsip diri untuk neutral dalam segala hal.

Inilah saya..

Ada yang kata saya takut dikritik sebab menyatakan pendirian saya dalam perbualan saya bersama rakan dalam satu perbualan politik walaupun saya bukan seorang ahli politik dan tidak menyertai mana-mana parti politik, walaupun ada yang mengetahui politik yang dianuti saya. Saya tidak pernah takut dengan kritikan. Saya suka menghadapi kritikan dan saya tidak akan sesekali berselubung apabila dikritik. Saya akan tetap dengan prinsip bahawa setiap yang relevan akan saya tumpu.

Mungkin kedengarannya agak degil, tapi saya hanyalah seorang insan yang ingin berbicara dan hanya berbicara. Bicara hanya pada perkara yang diketahui...hanya diam bila tidak didapati. Sebab itu saya tidak akan sesekali berbicara untuk perkara yang saya tidak pasti, kerana kesannya amat merugikan diri.

Mengkritik adalah satu perkara bagi seseorang untuk menilai suatu perkara baik dan buruk. Bagi saya mengkritik dan dikritik tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap manusia. Adakah saya mengkritik?? Segala bentuk penulisan mesti akan dikritik dan mengkritik, jadi memang tidak akan ada kesalahan jika mengkritik, cuma cara kritikan dilemparkan yang menentukan tahap sesuatu penerimaan seseorang. 

Mulanya disini..

Saya akan terus berharap dikurniakan kesihatan dan kesempatan yang mencukupi untuk berbicara. Saya akan terus berbicara dan hanya berbicara.

Akhir bicara, saya harap penglibatan saya melalui "APABILA BLOG BERBICARA" dapat diterima oleh semua rakan di luar sana serta blogger-blogger sekalian...jadi saya memohon untuk berundur seketika...

Saya akan muncul kembali...

Wassalam...





No comments:

Post a Comment