katakanlah

katakanlah

May 18, 2014

MEMPERKOSA

Agak kasar jika dibaca melalui tajuk memperkosa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita semua yang bergelar BANGSA MALAYSIA sedang diperkosa dan yang memperkosa kita adalah orang besar dan diagungkan oleh setiap Bangsa Malaysia??

Kita adalah bangsa yang terlalu menjaga kehormatan diri pada suatu ketika negara sedang membangun menuju satu wawasan bergelar Wawasan 2020. Dalam keadaan yang memungkinkan kita mencapai suatu tahap tertinggi yang akan terpahat dalam sejarah, kita telah diraba oleh JALANG golongan bangsawan yang diagungkan. Siapakan golongan bangsawan yang berani mencabul kita?? Adakah golongan Mata Satu?? Adakah golongan pemberi kemerdekaan?? Adakah golongan Helang ataupun Serigala yang seringkali didedahkan sebagai penipu oleh masyarakat dunia??

Mungkin terlalu banyak andaian dan persoalan. Tetapi yang pasti bangsa Malaysia terpaksa terima hakikat yang kita sedang dibogelkan oleh golongan bangsawan ini. Mungkin golongan bangsawan kita sedia maklum perkara ini, tetapi adakah masih sempat untuk terus bangsa kita  mengelak ditanggalkan satu persatu pakaian yang membalut tubuh tanah air kita? Fikirkanlah Bangsa Malaysia...

Pelbagai rentetan kekalutan mula timbul kebelakangan ini yang merubah landskap keamanan Malaysia yang aman kepada bercelaru disebabkan campurtangan dari bangsa agung yang bangsa kita pandang tinggi. Isu MH370 dilihat proses membogelkan malaysia secara paksa dan beramai-ramai oleh sekumpulan orang besar yang masih dirahsiakan identitinya.

Adakah demokrasi yang cuba disemai oleh pemberi kemerdekaan kedalam jiwa bangsa adalah demokrasi yang membuka setiap balutan kain dari tubuh Malaysia?? Jika benar maka sekali lagi bangsa kita telah ditipu oleh antara orang besar dunia atas nama demokrasi. Adalah sangat tidak berbaloi untuk diterima akal demokrasi yang seperti ini.

Mungkin saya tidak menyentuh dengan lebih lanjut mengenai isu ini kerana ramai blogger telah mengupas mengenai isu campurtangan orang besar sebelum ini.

Disini apa yang saya dapat nyatakan adalah bahawa dengan sesungguhnya, Malaysia dan Bangsanya telah diperkosa terlebih dahulu sebelum dicabul, diraba, dibogelkan dan akhirnya terdedah segala macam bentuk kelemahan yang sangat mudah dieksploitasi oleh banyak pihak terutama yang bergelar Serigala Bermata Satu..

Mengapa Serigala Bermata Satu??

Nilaikan..




No comments:

Post a Comment